Wednesday, April 14, 2010

Pilihanraya - satu pemerhatian

Segala kekecohan mengenai calun dan sebagai nya,akan selesai bila penamaan calun. Kekecohan inilah yang membawa berbagai masalah tetapi kadang -kadang boleh menjadi pembuka mata kepada semua pihak tentang perkara-perkara yang biasanya tersembunyi atau yang tidak di nyatakan atau cuba di kaburi.

Tentang keputusannya? apa pun terpulanag lah kepada rakyat untuk membuat mereka yang telah di undi atau pun yang tidak mereka undi tapi masih menang untuk bekerja untuk menunaikan segla janji yang telah di buat.. Rakyat yang undi dan jadikan mereka wakil kepada rakyat dan mereka BERHUTANG dengan rakyat kedudukan dan apa yang mereka dapat dari jawatan itu..rakyat tidak terhutang apa-apa dengan mreka. apa lagi jika gagal menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan. Ramai yang telah gagal.

Tuesday, April 13, 2010

dan sebagai nya dan sebagainya...

Mengambil kira perkembangan yang berlaku di hulu selangor sekarang, mungkin PRK atau PRU patut ada tiap-tahun. Saya seorang suri rumah sepenuh masa yang setiap ahri berulang alik hantar dan ambil anak dari sekolah, pergi ke pasar pergi ke kedai buat kerja rumah,melayan suami melayan anak sebagai rakyat biasa. Apa yang buat saya pening ialah bila harga barang naik, bila tiada lampu isyarat di persimpangan jalan yang semakin sibuk di simpang masuk ke sg buaya, bila jalan berlopak dan tidak sama rata,bila banyak kes jenayah ragut, bunuh, pecah masuk , rogol, buang bayi, bila budak sekolah hisap rokok , naik motosikal tak pakai topi keledar dan potong jalan ikut suka,budak sekolah ponteng dan lepak kat cyber cafe, tengok benda lucah buat benda lucah, lebih pandai tentang seks dari saya,penagih dadah makin ramai , pendatang asing ( haram ke halal ke) makin ramai, budak-budak muda lepak macma tak ada kerja, keruntuhan rumahtangga, dan sebagainya dan sebagainya...

Tetapi semua itu , atau sebahagiannya selesai bila ada PRK atau PRU...jalan tiba-tiba berturap, tiba-tiba ada lamou isyarat walau belum berfungsi, bangunan di cat baru, taman permainan dapat buaian dan jongkang jongkit baru, warga emas dapat sumbangan, budak sekolah cemerlang dalam upsr, pmr, spm dan stpm dapat duit berulang kali, di mana-mana ada saja projek yang tertunggak yang telah hampir di selesaikan, janji tertunda hampir terlaksana dan sebagainya dan sebagainya.

Seperti musim hujan yang mula melanda hulu selangor , ini mungkin hujan rahmat. tetapi tak kan kita hendak tunggu ada PRK atau PRU baru kita hendak tunaikan janji kepada rakyat yang sudah mengundi kita, kalau tiada PRK dimana kita dimana rakyat? janji lama belum terlaksana sampai hati kita buat janji baru akan tunaikan janji lama? berapa banyak janji da....

Dan selepas PRK ni,bila masalah PATI, masalah buang bayi, masalah sosial remaja dan yg tak remaja, jenayah ragut, rogol , rompak ( macam 3r pulak) bunuh, dan sebagainya dan sebagainya itu cuba di selesai kan?

bab janji ni..ada beberapa lagu lama yg liriknya lebih kurang begini..

jangan suka berjanji , jikalau tidak di tepati
janji membawa akibat, pabila banyak yang khianat...

dan begini..

apa guna berjani
jika tak di tepati..

tapi jangan sampai begini....

ada ubi ada batas ,ada hari boleh ku balas
apa nak di katakan sudah nasib badan...

bukan apa , pengundi semakin bijak, sumber maklumat ( samada palsu ke betul ke rekaan ke) pun banyak dan satu undi cukup untuk tentukan kalah menang..dan bila terpaksa keluar dari kediaman rasmi atau dari kawasan sendiri dan sebagainya dan sebagainya...