Monday, August 23, 2010

Dan yang sebenarnya..

Kenapa tiada pihak yang nampak bahawa jika tiada zina maka tiadalah mengandung luar nikah dan tiadalah bayi di buang samada masih hidup atau sudah mati? kenapa orang tidak hairan lagi tentang anak-anak yang kita yang masih berhingus lagi sudah berani dan pandai melakukan zina..panggl lah apa pun namanya walau rogol sekali pun kerana melakukan hubungan seks dengan perempuan di bawah umur..tetapi..kenapa sampai jadi begini?

Kenapa anak-anak perempuan kita yang manis dan manja dengan mudah nya telah rosak? samada oleh teman/kenalan lelaki samada yang telah lama atau pun baru di kenali..tetapi yang paling sedih dan jijik ialah di rosakkan oleh lelaki yang sepatutnya melindungi mereka iaitu bapa, datuk, abang , bapa saudara, guru, ustad hatta pemamdu van pun sanggup merogol didalam van di tengah hari buta...

Kemana ibubapa ketika anak-anak gadis ini melakukan dosa ini? sudah kah ibubapa ini menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak lelaki dan perempuan mereka sebagai mana yang di kehendaki oleh Islam? tidak kah anak itu ibarat kain putih dan ibuapa lah yang bergtanggunjawab nencorakkan mereka? corak apakah yang telah di lakar oleh ibubapa hingga anak-anak ini menjadi rosak? salah kain putihkah?

dan yang sebenarnya , jika anak-naka ini tahu dosa pahala dan jika sebenarnya mereka dapat kasih sayang ibubapa dan keluarga, mereka dapat merasai selamat dan selesa didalam lingkungan rumahtangga dan keluarga mereka mahukah mereka dengan sengaja keluar dari lingkungan keluarga dan tergamakkah mereka merosakkan diri mereka sendiri?

Dan jika seorang bapa yang beriman dan beramal soleh sanggupkah dia memandang anak gadisnya dengan pandangan bernafsu? sebenarnya apa telah terjadi kepada bapa-bapa ini? dan di mana ibu-ibu anak-anak ini?

dan yang sebenarnya...masalah kita bukan setakat meyelamat kan anak yang di kandung secara haram atau meminta tanggunjawab dari ibu dan 'bapa'nya itu senang..tetapi bagaimana hendak menyelamatkan anak lelaki dan perempuan yang masih suci dan bersih dari terjebak kedalam perkara ini..

Mungkin antara kita ramai yagn bersedia untuk menjadi suami isteri tetapi tidak ramai yang mahu, yang bersedia dan tahu tanggunjawab sebagai ibubapa...

dan yang sebenarnya bila kita mempunyai anak, apakah yang kita mahukan untuk anak kita? apa yang harap dari anak kita dan apa yang telah kita lakukan itu adakah demi kebaikan anak-anak kita sebenarnya?