Tuesday, October 19, 2010

Malas nak cakap la..

Memang dah lama tidak menulis...bukan tak ada bahan nak tulis, tapi lebih seronok membaca tulisan orang lain. Lagi pun saya tidak arif dan tidak ada pengetahuan 'first hand' dalam bidang politik, takut pulak jadi fitnah..kalau setakat komen tu memang la pandai..

Nak tulis pasal belanjawan yang baru saja di bentangkan oleh PM pun tak boleh sebab saya sengaja tidak menonton nya kerana saya merasakan pembentangan belanjawan adalah sesuatu yang membosankan untuk di dengar pada satu petang jumaat yang panas terik. Kenapa membosankan? Ucapan yang panjang dan lama, yang isinya tidak mendatangkan apa-apa perubahan pada hidup saya. Saya bukan termasuk dalam penjawat awam yang mendapat imbuhan RM500.00. Saya juga bukan kontraktor yang bakal dapat kontrak buat bangunan baru 100 tingkat.Saya juga tidak terlibat dengan PERMATA dalam apa bentuk sekali pun. Saya hanya seorang surirumah yang menjaga rumahtangga saya dan yang berkaitan dengannya, seorang ibu yang sedaya upaya saya cuba mendidik anak perempuan saya supaya menjadi perempuan yang soleh, seorang isteri yang sedaya upaya mahu menjadi seorang isteri yang soleh. Saya berusaha membantu suami saya supaya menjadi suami yang soleh dengan menjalankan semua tanggungjawab saya sebaik mungkin disamping mempastikan saumi saya tidak mengabaian hak-hak saya. Ini semua atau yang berkaitan dengannya tiada dalam belanjawan!!

Sebagai sukarelawan di sebuah pusat pemulihan kanak-kanak kurang upaya saya dan jawatankuasa, ibubapa serta kakitangan berusaha sedaya mungkin untuk menyediakan sebuah pusat yang serba lengkap prasarananya dengan program yang mampu membawa perubahan kepada hidup anak-anak kurang upaya yang berada di bawah naungan pusat ini. Sekarang ini kami masih tidak mempunyai bangunan sendiri, masih menyewa sebuah rumah murah 'end lot' yang sudah di buat pembesaran oleh tuan rumah nya sebelumkami masuk menyewa lagi..jika tidak ikan sardin pun punya ruang bernafas rasanya dalam tin mereka. Pusat seperti ini menjadi tanggungjawab ibubapa dan jawatankuasanya lah untuk menyediakan bangunan dan segala kemudahan pemulhan untuk anak-anak kurang upaya ini. Mujur pada masa Pak Lah dulu sempat juga dia membuat beberapa perubahan yang merupakan satu rahmat besar bagi pusat seperti kami ini..moga Allah balas jasa mu.(TAPI pada pendapat saya memang telah lama 'OVERDUE'!!)Hal ini pun kurang upaya pun tak ada dalam bajet kali ini..tapi saya tidaK menontonnya..mungkin ada tetapi sebab hal orang kurang upaya ini tidak begitu penting maka tidak ada sesiapa yang menyebutnya.

Sebagai surirumah saya akan kekedai runcit dan sekali sekala kepasaraya besar ( sekadar menjamu mata dan mengambil angin..)untuk memberi keperluan harian..rasanya tid pernah lagi harga barangan yang di perlukan seharian untuk tugasan saya yang turun harga..kopi, gula, milo, susu pekat, beras, garam, cili basah, cili kering, ikan bilis udang kering,sardin, ikan kembung, ikan selar kecil, ikan sadin ( ikan cencorot di setengah tempat), ikan cencaru, ikan uji rashid, udang kecil dan ayam..tidak pernah la turun harga..tidak ada pun dalam bajet..jadi..tengok pun buat menaikkan darah saja (sebab saya baca dalam blog, ramai yang dah naik darah) baik la saya lipat kain baju yang dah bertimbun sambil minumm teh o dan biskut 'cream cracker' yang sekarang pun harganya dah sampai RM4..kena cari biskut lutut la nampaknya...

Ramai jugak kawan-kawan yang menggalakkan saya menulis, tapi kalau pandai pun bahan nya yang tidak arif, mengarut pula nanti...jadi saya akan menulis perkara yang saya tahu saja, tapi mungkin esok lusa sebab malam ni dah pening, terlalu lama menghabiskan masa membaca blog yang kaya dengan berbagai cerita dan berita..bak kata orang kampung saya dulu 'naik berpino bijik mata..'. cadangnya lepas ni 'nak nengok' berita dan cerita dunia di ASTRO 511,512, 513 ..kalau tidak ada yang menarik tengok saluran 556 saja lah..