Friday, July 15, 2011

BERSIH 2.0

Sebelum 9/7/2011 - sebenarnya saya memang tidak pasti bahawa ia akan terjadi. Saya menjangka bahawa ramai orang seperti saya, yang merasakan tuntutan BERSIH 2.0 adalah adil (fair), terbuka dan untuk kebaikan negara tetapi tidak berani 'turun padang' menyatakan sokongan saya. Memang saya takut, saya takut akan dibalun dengan belantan, saya takut akan kena gas pemedih mata dan saya takut ditangkap polis dan kena tahan di lokap. Saya memang takut dengan polis walaupun saya tidak buat salah,..jika tidak , kenapa saya masih memakai talipinggan keledar walaupun memandu di jalan yang sunyi?? ada perempuan yang ditahan dan disamun oleh polis palsu. Saya memang takut dengan polis sejak polis memecah masuk kerumah Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk menangkapnya. Dan bertambahlah ketakutan saya bila KPN pada masa itu membelasah DSAI hingga separuh mati.

Rupanya ramai juga yang seperti saya. Penakut. Tetapi lebih ramai yang benar-benar berani dan percaya dengan perlindungan dan hak yang diberi oleh Perlembagaan untuk kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman. Saya melihat mereka di AJE, BBC dan CNN kerana saya tidak percaya dengan lapuran stesen televisyen tempatan. Kemudian saya melayari internet dan melihat gambar dan video di beberapa blog kesukaan saya. Memang mereka berani. Saya 'salute' keberanian dan saya kagum dengan kebijaksanaan mereka. Berani kerana tenang dalam menghadapi tak FRU dan beratus FRU dan polis. Berani menahan semburan air beracun dan gas pemedih mata. Bijak kerana dapat memasuki KL yang di kawal ketat dan dapat bersilang siku, berganding bahu bergerak kearah Stadium merdeka. Bijak dan berani kerana tidak melayan provokasi FRU dan polis. Untuk keberanian mereka mewakili saya yang pengecut ini,saya berdoa semoga Allah SWT melindungi, memberkati dan memudahkan urusan. Walaupun mereka tidak dapat dapat berhimpun di Stadium Merdeka dan tidak di benarkan menyerahkan mmemorandum kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung tetapi isi kandungan memo telah sampai kepada rakyat!!

Dunia telah melihat demokrasi terpimpin ala '3 Abdul'.. di Malaysia. Kerana mahukan kebenaran rakyat di hukum. Kenapa kerajaan BN melihat tuntutan BERSIH 2.0 sebagai satu ancaman? sedangkan yang di tuntut ialah SPR? Tidak ada satu pun tuntutan BERSIH 2.0 yang menuntut Dato Seri Najib berundur? atau Putrajaya diserahkan kepada PR atau Ketua Polis Negara di tukarkan atau KDN di bubarkan. Tidak minta pun PERKASA di harammkan atau Ketua Pemuda UMNO digantung..Habis kenapa PM/TPM/PERKASA/Pemuda UMNO aka PATRIOT memberi reaksi melampau dan keterlaluan? nasi sudah menjadi bubur yang basi bila PM mengejek-ngejek luka di dahi DSAI. Sekurang2nya DSAI telah tumpah darahnya ke bumi tanah airnya kerana berjuang bersama rakyat untuk satu tuntutan yang adil..sekurang-kurangnya DSAI tetap dalam perjuangannya untuk rakyat bermula dari zaman universiti nya..apa yang mereka perjuangkan?

Pada pendapat saya , BERSIH 2.0 mendapat sambutan kerana perbuatan kerajaan dan penyokong2 nya sendiri. Mereka yang memberi publisiti kepada BERSIH 2.0 dengan tindakan kurang akal dan kurang bijak mereka sebelum 9/7/2011. Dan nyatalah BN ketinggalan zaman..sekarang zaman cyber,langit terbuka , komunikasi berhala-hala..kita tidak perlu hantar lagi gambar ke AJE/CNN/BBC..mereka ada koresponden meraka sendiri yang mmebuat lapuran secara lansung dari tempat kejadian..apatah lagi negara jiran kita..giliran mereka pula membuat liputan tentang negara kita yang aman permai tiada gunung berapi , tiada gempa bumi ini..yang tidak ada nilai berita dan membosankan sehingglah ada video dan gambar polisi menembak gas pemedih mata dan membalun rakyat dengan cotar!!

Kerajaan kena berindak lebih bijak jika tidak pun berhemah. Dengar suara SEMUA rakyat, jangan mendengar suara penyokong saja kerana MEMANG ada sokong yang membawa rebah. Dan suka atau tidak suka rakyat termasuklah PR dan penyokong mereka. Demokrasi dan Perlembagaan membenarkan dan memberikan hak untuk bersuara. Dan dalam Islam kebenaran akan tetap kebenaran walaupun di bawa oleh golongan suara minoriti!! Tidakkah Islam ugama rasmi Perlembagaan??

Kita fikirkanlah ..

Saturday, July 9, 2011

Khalid Samad: MemBERSIHkan Pencuri, Perkuda, Penipu dan Penakut

Khalid Samad: MemBERSIHkan Pencuri, Perkuda, Penipu dan Penakut: "Ada yang menghebohkan bahawa BERSIH adalah pertubuhan haram yang di pimpin oleh Dato’ Ambiga, seorang peguam Hindu yang membela golongan mur..."