Wednesday, September 19, 2012

Nizar: Mahathir Takutkan Hutangnya Dengan Anwar

Nizar: Mahathir Takutkan Hutangnya Dengan Anwar: Oleh: Mohd Sayuti Omar Mahathir I C Kandar Mohamad, terus mengulik dirinya sendiri dengan memberi keyakinan UBN akan menang dan tetap me...

Tuesday, May 15, 2012

Selamat anakku Nuraishah.

InsyaAllah, Nuraishah akan belajar di kolej matrikulasi selangor di banting, mulai dengan pendaftaran pada 28/5/2012 ni. Begitulah kehendak Allah SWT..mulanya dia berharap akan dapt diterima masuk ke UiTM untuk belajar undang-undang samada melalui asasi undang-undang UiTMm atau KPT, tetapi permohononan UPU nya tidak berjaya ( kami telah buat rayuan 'on line' serta merta pada 7/5) sedangkan tawaran ke matriukulasi telah diterima lebih awal lagi. Jadi saya katakan padanya, ini satu rezeki dan peluang dari Allah SWT dan jangan serabutkan fikrian dengan masa depan, masuk matrikulasi , belajar bersungguh-sungguh untuk setahun dan kita serahkan kepada Allah SWT memberi yang terbaik untuk dirinya.

Tuesday, April 10, 2012

Melayan hati yang luka..

Berapa lama agaknya hati seorang isteri yang terluka akibat perbuatan suaminya mencari cinta baru akan sembuh?? walaupun sudah memafkan tetapi berapa lama boleh berpura-pura bahagia?..masih boleh bahagiakah bila kepercayaan, kasih sayang dan cinta , segala pengorbanan menjadi tidak bermakna bila suami asyik melayan cinta baru? bagaimana hendak 'move on'? bagaimana hendak membuang kesedihan dalam hati setiap kali menatap mata yang sudah hilang cahaya cintanya?
Bagaimana begitu ramai isteri yang tabah mengharungi hidup berumahtangga sedang hati menderita? salahkah jika mencari bahagia sendiri?perlu lagikah setia dalam hubungan yang sudah menjadi satu hala? bagaimana jika hati isteri pun mula tawar dan hambar?

Wednesday, March 14, 2012

membaca lebih seronok dari menulis..

Memang dah lama saya tidak menulis di blog saya ini. Kebelakangan ini minat saya ialah pada blog yang menulis hal politik negara dan apa yang saya nak tulis sudah ditulis dan diulas dengan lebih baik oleh blogger lain. jadi saya cuma jadi tukang komen menyatakan hasrat hati dan pendapat peribadi saya..membaca pun lebih seronok dari menulis yang perlu ada fakta dan bukti sebab kalau salah tulis dan kena saman..susah la hidup saya. Kalau saya menulis pun tentang hal-hal yang dalam pengatahuan saya saja.

O ya..melayari blog yang ada letakkan resepi yang berbagai pun seronok juga..tulis saja nama resepi timur ke barat ke semua ada dalam intermet ni..nak percaya tak percaya dan nak jadi tidak sajalah resepinya..resepi untuk dount atau roti jala misalnya..ada banyak di blog atau web yang berlainan dengan resepi yang berbeza..kita 'compare' dan agak2lah samada dari segi bahan atau sukatan..tapi jangan mudah terpedaya dengan gambar..dan jangan harapkan 'miracle'..kena cuba beberapa kali (atau banyak kali)dalam bab masak memasak ni..dan saya masih lagi bersemangat untuk mencuba membuat donut..(kali akhir masih keras bila di goreng walaupun rasa nya sedap)..suami kata ..err..donut ke kuih keria? jadi saya dan anakanda nuraishah la tukang 'perabih' donut ala kuih keria kami tu..

ta ta..jumpa lagi..

Wednesday, February 8, 2012

MIMPI SENJA: Artis : Semakin ramai artis bertudung ... Kali ini...

MIMPI SENJA: Artis : Semakin ramai artis bertudung ... Kali ini...: "Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan... Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, ...