Tuesday, March 23, 2010

Lama tak menulis...

Sudah lama saya tidak menulis disini.Bukan apa, perkara yangg saya tulis itu sudah menjadi basi dan perkara biasa sekarang...kecurangan dalam rumahtangga sudah tidak jadi perkara yang menghairankan lagi. Rupanya sudah tidak ramai yang menghormati institusi keluarga dan sudah ramai yang tidak lagi pentingkan keluarga. Ketika saya menulis hal itu dan sehingga sekarang saya masih percaya, keruntuhan rumahtangga akan membawa kepada kerosakan dalam masyarakat dan akan merosakkan negara.

Suami atau isteri curang sudah jadi perkara biasa..anak-anak (perempuan terutamanya) lari dari rumah sudah jadi berita biasa, kes anak luar nikah yang di buang dan dijumpa (atau tidak dijumpai mungkin lebih ramai) samada hidup atau mati sudah jadi berita basi. Kes rogol oleh orang dewasa (dan sekarang ada kes rogol oleh kanak-kanak juga), oleh rakan sebaya, oleh ahli keluarga sendiri tidak lagi memeranjatkan.

Saya kemudian aktif melayan Facebook..seronok juga dapat berhubung dengan kawan-kawan lama tanpa perlu keluar dari rumah dan dapat melihat kehidupan mereka sekarang. Kemudian saya dapat cerita ada suami/isteri orang yang 'terlebih' melayan 'kawan' di FB..ada yang melayan semula kisah cinta lama di FB sehingga melukakan hati suami/isteri sendiri..ada yang menyamar di FB dan melayan lelaki/perempuan lain dengan melampau batas, ada yang 'block' suami /isteri sendiri. Macam-macam...dan saya mula merasa bosan. Sebenarnya cerita suami/isteri orang curang di laman sosial ni ,memang banyak , kesiannya ada yang percaya bahawa bercinta di dunia 'virtual' ini tidak salah dan cuma sekadar seronok-seronok saja..bila telah melihat wajah-wajah kacak dan jelita yang di letakkan dalam 'profile', ada yang menipu status diri sendiri, ramai yang hayal dan hanyut hingga terlupa bahawa melayan perempuan/lelaki yang bukan suami/isteri lebih baik dari melayan suani /isteri sendiri adalah berdosa..

Tetapi bukan salah laman sosial..tentunya 'pencipta' laman sosial tersebut tidak berniat bahawa ciptaannya akan jadi alat untuk curang...

Kenapa pula saya masih menulis tentang hal ini? mulanya saya tidak berniat nak sentuh pun isu ini..tapi sebagai isteri,sebagai ibu sebagai wanita saya percaya kita perlu menghalang apa saja yang boleh merosakkan keluarga terutama keluarga kita...dan curang adalah perkara utama yg boleh merosakkan keluarga!

Mungkin saya akan menulis lagi bila saya ada perkara baru yang boleh di kongsikan bersama...