Kenapa tiada pihak yang nampak bahawa jika tiada zina maka tiadalah mengandung luar nikah dan tiadalah bayi di buang samada masih hidup atau sudah mati? kenapa orang tidak hairan lagi tentang anak-anak yang kita yang masih berhingus lagi sudah berani dan pandai melakukan zina..panggl lah apa pun namanya walau rogol sekali pun kerana melakukan hubungan seks dengan perempuan di bawah umur..tetapi..kenapa sampai jadi begini?
Kenapa anak-anak perempuan kita yang manis dan manja dengan mudah nya telah rosak? samada oleh teman/kenalan lelaki samada yang telah lama atau pun baru di kenali..tetapi yang paling sedih dan jijik ialah di rosakkan oleh lelaki yang sepatutnya melindungi mereka iaitu bapa, datuk, abang , bapa saudara, guru, ustad hatta pemamdu van pun sanggup merogol didalam van di tengah hari buta...
Kemana ibubapa ketika anak-anak gadis ini melakukan dosa ini? sudah kah ibubapa ini menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak lelaki dan perempuan mereka sebagai mana yang di kehendaki oleh Islam? tidak kah anak itu ibarat kain putih dan ibuapa lah yang bergtanggunjawab nencorakkan mereka? corak apakah yang telah di lakar oleh ibubapa hingga anak-anak ini menjadi rosak? salah kain putihkah?
dan yang sebenarnya , jika anak-naka ini tahu dosa pahala dan jika sebenarnya mereka dapat kasih sayang ibubapa dan keluarga, mereka dapat merasai selamat dan selesa didalam lingkungan rumahtangga dan keluarga mereka mahukah mereka dengan sengaja keluar dari lingkungan keluarga dan tergamakkah mereka merosakkan diri mereka sendiri?
Dan jika seorang bapa yang beriman dan beramal soleh sanggupkah dia memandang anak gadisnya dengan pandangan bernafsu? sebenarnya apa telah terjadi kepada bapa-bapa ini? dan di mana ibu-ibu anak-anak ini?
dan yang sebenarnya...masalah kita bukan setakat meyelamat kan anak yang di kandung secara haram atau meminta tanggunjawab dari ibu dan 'bapa'nya itu senang..tetapi bagaimana hendak menyelamatkan anak lelaki dan perempuan yang masih suci dan bersih dari terjebak kedalam perkara ini..
Mungkin antara kita ramai yagn bersedia untuk menjadi suami isteri tetapi tidak ramai yang mahu, yang bersedia dan tahu tanggunjawab sebagai ibubapa...
dan yang sebenarnya bila kita mempunyai anak, apakah yang kita mahukan untuk anak kita? apa yang harap dari anak kita dan apa yang telah kita lakukan itu adakah demi kebaikan anak-anak kita sebenarnya?
Monday, August 23, 2010
Monday, June 7, 2010
kutuk israel?
Ini memang bangsa terkutuk sebab itu dia tidak peduli walau satu dunia kutuk dia..peduli apa? yang Israel tahu mereka perlu sebuah negara dan mereka akan mendapatkan tanah Palestine untuk menjadi negara mereka 'by hook or by crook'.
Siapa berani tahan mereka? siapa yg Isrel takut?!
Kita lihat sajalah satu hari nanti mereka akan mempunyai tanah tumpah darah.. darah rakyat Palestine yang tumpah!
Siapa berani tahan mereka? siapa yg Isrel takut?!
Kita lihat sajalah satu hari nanti mereka akan mempunyai tanah tumpah darah.. darah rakyat Palestine yang tumpah!
Monday, May 31, 2010
subsidi?
Agaknya berapa gaji dan elaun menteri2, menteri besar2, wakil rakyat2 ataupu senang cakap gaji orang kerajaan? tak kira lah yg kerajaannya BN atau PR..sebab semua nya pakai kereta mewah, rumah besar, pakaian dan perhiasan isteri pun nampak mewah..agaknya pernah tak mereka keluar duit dari pokeet sendrii pi beli ikan dan sayur kat pasar basah kat pasar chow kit misalnya, atau keluar duit bayar tol setiap hari (satu hari dua kali), atau bayar bil setiap bulan, atau kasi duit belanja anak2 setiap hari, atau bayar tambang bas, tambang komuter, bersesak dalam bas , bersesak dalam komuter, membanting tulang di tengah bendang ( bila padi masak, banjir pulak)..
Ada tak yang tengok "Bersamamu " di TV3? makan siput babi pun ada..duk dalam rumah macam sarang tikus pun ada..
Tahu tak bagai tersentap jantung rakyat tiap kali tol akan di naikkan, tiap kali harga gula naik? tiap kali dengar cerita Khazanah Nasional rugi miliion2 dalam pelaburannya ...
dan subsidi untuk rakyat dari duit rakyat itu yang akan memufliskan negara??? habis gaji dan elaun mereka yang beribu ringgit tu dari duit siapa? apa kerja yang mereka buat sampai negara kehabisan duit? tak buat kerja kah? makan gaji buta? kan kita yang undi mereka untuk jadi wakil rakyat..wakil kita..kenapa gaya hidup mereka tak macam kita pun? lepas dilantik kenapa gaya hidup mereka yang berubah?

Tuesday, April 27, 2010
Monday, April 19, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)