Sunday, February 6, 2011

Apa nak jadi PKR?

Berita pemimpin atau ahli keluar PKR memang memeningkan kepala. Apa sebenarnya sudah terjadi dengan parti ini? kenapa yang mengumumkan keluar sekarang, dulu masuk PKR? adakah kerana mereka telah mendapati dasar dan perjuangan PKR tidak seperti yang mereka fahami pada ketika mereka di luar PKR? seperti indah khabar dari rupa? atau adakah sebenarnya jiwa mereka tidak sesuai dengan dasar dan perjuangan PKR? Perkara ini merisaukan kerana bukan ahli biasa yang keluar parti , semuanya yang ada jawatan dan seperti Gopalakraishnan perjuanganya bermula ketika era reformasi.

Saya tertanya-tanya adakah benar dakwaan UMNO bahwa parti ini hanya berkaitan Anwar Ibrahin sahaja menyebabkan ramai yang tidak selesa terutama dengan Azmin. Saya dan ramai rakyat Malaysia mempunyai harapan yang tinggi kepada PR untuk mengubah 'landscape'politik dan pemerintahan negara kita..tetapi dengan pergolakan dalaman PKR yang belum selesai dan sentiasa bergolak harapan saya dan rakyat Malaysia sukar untuk menjadi kenyataan.

Saya faham PKR ialah sebuah parti politik yang baru dan masih muda dan kebanyakan ahlinya masih baru dalam politik dan mungkin ada yang secara tidak sengaja menjadi orang politik. Bagaimana pun saya dan ramai rakyat Malaysia amat berharap agar PKR segera menyelesaikan segala masalah dalaman samada kecil atau besar atau sengaja di perbesarkan segera dapat diselesaikan. Itupun jika PKR berharap untuk terus menjadi parti yang relevan dalam PR. TOLONG lah jangan memberi kan peluang dalam bentuk apa pun, sekecil mana sekalipun untuk dimanipulasikan oleh UMNO dna BN. Jika ada masalah apa pun cepatlah selesaikan jangan sampai menjadi senjata yang makan tuan.