1. "Katakanlah (wahai Muhammad) " Tidak sekali-kali akan menimpa kamu sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami" - Surah At Taubah: 51
2. "Sesiapa yang dikehendaki Allah menjadi baik maka ia akan diuji oleh Nya" hadith Rasulullah SAW
3. "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu" -Surah ar-Rad:24
Dari semasa ke semasa setiap manusia akan diuji. Sebagai seorang Islam yang mengaku beriman, mesti menerima bahawa sesuatu itu telah ditetapkan untuk berlaku keatas dirinya. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Ilahi. Selalunya jika sesuatu itu baik dan memberi faedah atau manafaat kepadanya , manusia akan dengan senang dan rela hati menerima nya . Itu nikmat namanya. Ada yang bersyukur dan insaf kerana mungkin saja Allah SWT tidak memberi atau menarik balik nikmat itu. Bagaimana pun ramai yang tidak bersyukur, atau tenggelam dalam nikmat hingga ada yang lupa bersyukur.
Semua yang datang adalah ujian dari Allah SWT. Ada yang diduga dengan kesenangan dan ada yang di uji dengan kesusahan. Manusia menyangka hanya kesusahan dan kemiskinan atau kesengsaraan saja ujian dari Allah. Ramai tidak mengetahui dan tidak menyangka bahawa kekayaan , kesenangan dan kelapangan hidup itu juga ujian. Ramai juga yang mengeluh dan berkata mungkin ini ujian dari Allah SWT bila ditimpa kesusahan, kesedihan atau kehilangan. Sebenarnya semua itu memang ujian dari Allah SWT. Ramai yang lupa bersyukur dengan segala nikmat dan kesenangan hingga lalai dan menyangka kan bahawa itu adalah hak mereka.
Kenapa mereka berkata mungkin? adakah mereka tidak yakin dengan kekuasaan Allah SWT? adakah mereka menyangka mereka kebal dan tidak boleh di uji? manusia mudah lupa bila di dalam kesenangan. Mereka lupa bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT telah berikan kepada mereka. Mereka sombong hingga merasakan segala nikmat itu hak mereka yang mereka usahakan dengan tangan mereka sendiri. Dan tunggulah balasannya kepada manusia yang kufur nikmat..sesungguhnya siksaan Allah itu amat pedih.
Mungkin juga kerana manusia tidak sedar atau lupa bahawa mereka adalah nothing disisi Allah SWT. Allah SWT tidak memerlukan apa-apa pun dari manusia. Kalau Allah SWT berkehendak mungkin saja manusia itu wujud sebagai seekor kucing atau keldai. Bersyukurlah kerana dijadikan sebagai seorang manusia yang merupakan kejdian makhluk paling mulia dan sempurna. Roh dan tubuh badan lengkap dengan akal untuk menjadikan manusia makhluk yang terbaik ciptaan Nya. Sebab itu Allah SWT kerap menyuruh kita melihat alam keliling dan berfikir mengenai kejadian lain yang Allah SWT telah ciptakan. Allah menyuruh kita berfikir dengan berpandukan ajaran.
Suhanallah.
No comments:
Post a Comment