Ketika dia mmberitahu saya bahawa dia telah berjaya mendapat tempat mengadu iaitu sorang lelaki yang hampir senasib dengannya saya agak terkedu. Menurunya mereka semakin rapat kerana 'kawan' nya itu pandai memujuk dan telah berjaya membuat dirinya merasa di perlukan. Dan mudahnya dia percaya kepada 'cerita' lelaki itu...saya katakan kepadanya jangan mengubat luka di hati sendiri dengan melukakan hati orang lain. Tak pasal pasal akan kena sumpah secara percuma dari isteri lelaki itu. Saya faham dia merasa dekat dengan lelaki itu kerana kononnya masalah mereka hampir sama..sama-sama dilukakan oleh pasangan mereka...sama-sama berada dalam kapal yang hampir tenggelam.
Saya katakan kepadanya ..forget about his 'sad story'..he has a wife , he is still other woman's husband. and that she have been there .. she should be able to feel how her iend's wife would feel when she found out about their 'friendship'..because a wife will always know and will find out if her husband is cheating on her, however carefull or clever he is in managing his 'friendship'. Just like my friend and many other women have discovered about their husband 'other woman'.
Ramai isteri orang dan suami orang telah terperangkap dalam jerat "comfort pillow" atau teman mengadu. Rasa simpati kepada kawan yang menghadapi masalah rumahtangga ini boleh membawa kepada keruntuhan rumahtangga sendiri kerana ramai yang tidak sedar bahawa dalam mencari dan memberi simpati mereka telah melanggar batas perhubungan mereka. Walau apa pun masalah dengan suami atau isteri sendiri, selesaikan dengan pasangan sendiri, dalam lingkungan rumahtangga sendiri. Jangan mencari simpati dengan mengadu dan jangan menjerat pasangan orang lain dalam masalah kita. Kerana dari mengadu nasib, dari mendapat kasihan, kita akan mendapat belas hingga boleh membawa kita kepada simpati, hubungan menjadi semakin rapat dan ramai yang terjerumus dalam perangkap cinta yang bersegi-segi dan rumit tanpa disedari.
Ramai 'comfort pillow' itu sendiri yang terbuai dengan rasa simpati dan akhirnya tanpa disedari terlupa akan perasaan dan kewujudan isteri atau suami masing-masing. M
Moral of the story?..jagalah rumahtangga sendri dan hati pasangan masing-masing. Apa pun masalahnya selesaikan dengan pasangan masing-masing. Kalau perlu sangat kepada tempat mengadu pun, seboleh-boleh nya carilah kawan sejenis, melainkan orang itu meman pakar dalam bidang memberi simpati dan nasihat menasihat. Pakar pun boleh terperangkap ini kan pula kita. Fikir lah sebelum melangkah, dalam hal ini biarlah di katakan tidak sosial, tidak simpati, bukan seorang kawan yang baik, asal rumahtangga sendiri selamat. Selamatkan kapal sendiri sebelum melompat keatas kapal lain yang sudah hampir tenggelam.
Fikirkanlah..
No comments:
Post a Comment