Rasanya nak cerita sikit lah kan pasal BERSIH 2.0 ni..yg menganjurkan kata ini perhimpunan aman dan untuk menyuarakan perkara berkaitan pilihanraya yagn melibatkan semua rakyat malaysia yg layak menguandi..ada 7 perkara yang menjadi asas tuntutan..BN/UMNO menentang dan kata ini perhimpuan haram yang akan menimbulkan huruhara..PERKASA kata akan berlaku 'pertentangan'dan memberi gelaran berbagai kepada penganjur BERSIH..tetapi orang pakai baju t kuning dengan tulisan BERSIH 2.0 pulak yang kena tahan polis..
Soalannya..kenapa perhimpunan ini tidak di benarkan? penganjur dah jamin ianya aman..PERKASA aka Ibrahim Ali yang kata nak menentang, nak menghalang..sekarang dah keluar soal ISA pulak..kenapa rakyat tidak boleh menuntut pilihanraya yang adil dan telus? kenapa kerajaan tidak mahu sokong pilihanraya yang bersih?? kenapa kerajaan tidak mahu dengar suara rakyat?? bukankah kerajaan yg ada ini di pilih oleh rakyat? kenapa anggap rakyat yang mahu besuara sebagai musuh?? tidak kah hak bersuara, berhimpun ada dalam perlembagaan?
BERSIH 2.0 tidak minta PM atau TPM atau kerajaan yang ada supaya 'bersara awal'..tidak jugak minta serahkan Putrajaya kepada PR..tidak minta pun gaji menteri2 dipotong, elaun di tarik balik, atau minta supaya bayar sendiri bil2 rumah,isi petrol , bayar tol dengan duit sendri atau supaya mereka duduk dirumah sendiri, atau suruh isteri2 menteri pergi pasar sendiri bawak kereta sendiri, atau membeli belah guna duit sendiri..
Jadi apa masalahnya? hingga ugut2 nak bunuh orang, hingga keluar caci maki bangsa dan agama orang..kalau orang sentuh sikit saja soal agama dan bangsa kita , wah bukan main kita melompat bersilat tetapi kita sesuka hati menghina bangsa dan ugama orang lain. Bila perlu sokongan bangsa kita ,kita kutuk bangsa lain khianat lah, memburuk2kan Islam , menghina Islam. Bila perlu sokongan bangsa lain kita kutuk bangsa kita sendiri..malas , candu subsidi..dan macam2 lagi..apa hal?? rakyat telah dapat baca permainan politik yang begini..
Kenapa takut dengan pilihnraya yang tiada 'hadiah' kain pelikat dan kain batik, beras seguni, jambatan segera, turap jalan segera, bangunan segera, biasiswa segera, bayar hutang segera an etc etc..? kenapa bila ada Wakil Rayat mati saja tiba-tiba ada pulak projek yang 'memang dalam perancangan kita untuk rakyat , hanya tunggu masa sesuai untuk di laksanakan'...? dan kenapa bila nak ada pilihanraya saja , baru pegawai2 JKM sibuk cari orang miskin?? macam dah jadi petanda pulak..
Apakah perkataan "BERSIH" pun akan di haramkan? kena mula cari perkataan seerti lah nampaknya..cuci, sental, basuh, atau 'buang dan tukar'?..macam lampin pakai buang bayi (atau lampin dewasa)yg dah kotor..mana ada orang cuci lampin pakai buang (nama pun pakai buang!!!!)..buang dan tukar sajalah..kotor lagi kita buang dan tukar lagi...dan lagi..tetapi syaratnya kena ada lampin yang bersih la..atau tabiat pembersih..kalau dah tabiat malas nak tukar lampin kotor...tak dapek nak nolong!!!
begitulah 'citernya'..
ooh.baru saya paham..setelah kakak mengolah nya dalam mksud yg senang di fahami. =)
ReplyDeletesemalam telah mulakeluar di internet berita kos sewa rumah PM dan TPM dan juga kos penyenggaraan nya termasuk os baikpulih, bil letrik dan air...tiu belum kos makan minum, kos pengangkutan, kos jaga..
ReplyDeleteHERAN nya..bukankah PM/TPM duduk di kediaman rasmi? kalau kediaman rasmi kenapa bayar sewa? bukankah guna duit kerajaan ( read duit rakyat) utk membina nya? kenapa tiap kali tukar PM rumah kena ubah asuai? apa yg PM /TPM terdahulu dah buat dengan rumah2 tersebut? duduk ke makan rumah? bukan sikit2 tu..juta2..kemudiann suruh rakyat '..ubah cara hidup..tanam sayur depan rumah..' ramai rakyat kita cuma mampu duk rumah setinggan je itupun sebelum kena tolak dengan bulldozer..sedangkan ada PATI duk rumah besar siap api ir dalam hutan..ni semua keluar dalam tv dalam suratkhabar..
belum ladi berita kos penyenggaraaan scorpene, PLKN, kos perjalanan PM?TPM dan isteri keluar negara....aduh...
Ibarhim Ali dah sah2 memang mengugut akan membuat kacau bilau, guru silat lincah pun sama, tapi kenapa nurul izzah pulak yg kena menjawab di balai polis? kenapa pejabat urusetia BERSIH 2.) yg dapat 'lawatan' dari polis??