Segala kekecohan mengenai calun dan sebagai nya,akan selesai bila penamaan calun. Kekecohan inilah yang membawa berbagai masalah tetapi kadang -kadang boleh menjadi pembuka mata kepada semua pihak tentang perkara-perkara yang biasanya tersembunyi atau yang tidak di nyatakan atau cuba di kaburi.
Tentang keputusannya? apa pun terpulanag lah kepada rakyat untuk membuat mereka yang telah di undi atau pun yang tidak mereka undi tapi masih menang untuk bekerja untuk menunaikan segla janji yang telah di buat.. Rakyat yang undi dan jadikan mereka wakil kepada rakyat dan mereka BERHUTANG dengan rakyat kedudukan dan apa yang mereka dapat dari jawatan itu..rakyat tidak terhutang apa-apa dengan mreka. apa lagi jika gagal menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan. Ramai yang telah gagal.
Wednesday, April 14, 2010
Tuesday, April 13, 2010
dan sebagai nya dan sebagainya...
Mengambil kira perkembangan yang berlaku di hulu selangor sekarang, mungkin PRK atau PRU patut ada tiap-tahun. Saya seorang suri rumah sepenuh masa yang setiap ahri berulang alik hantar dan ambil anak dari sekolah, pergi ke pasar pergi ke kedai buat kerja rumah,melayan suami melayan anak sebagai rakyat biasa. Apa yang buat saya pening ialah bila harga barang naik, bila tiada lampu isyarat di persimpangan jalan yang semakin sibuk di simpang masuk ke sg buaya, bila jalan berlopak dan tidak sama rata,bila banyak kes jenayah ragut, bunuh, pecah masuk , rogol, buang bayi, bila budak sekolah hisap rokok , naik motosikal tak pakai topi keledar dan potong jalan ikut suka,budak sekolah ponteng dan lepak kat cyber cafe, tengok benda lucah buat benda lucah, lebih pandai tentang seks dari saya,penagih dadah makin ramai , pendatang asing ( haram ke halal ke) makin ramai, budak-budak muda lepak macma tak ada kerja, keruntuhan rumahtangga, dan sebagainya dan sebagainya...
Tetapi semua itu , atau sebahagiannya selesai bila ada PRK atau PRU...jalan tiba-tiba berturap, tiba-tiba ada lamou isyarat walau belum berfungsi, bangunan di cat baru, taman permainan dapat buaian dan jongkang jongkit baru, warga emas dapat sumbangan, budak sekolah cemerlang dalam upsr, pmr, spm dan stpm dapat duit berulang kali, di mana-mana ada saja projek yang tertunggak yang telah hampir di selesaikan, janji tertunda hampir terlaksana dan sebagainya dan sebagainya.
Seperti musim hujan yang mula melanda hulu selangor , ini mungkin hujan rahmat. tetapi tak kan kita hendak tunggu ada PRK atau PRU baru kita hendak tunaikan janji kepada rakyat yang sudah mengundi kita, kalau tiada PRK dimana kita dimana rakyat? janji lama belum terlaksana sampai hati kita buat janji baru akan tunaikan janji lama? berapa banyak janji da....
Dan selepas PRK ni,bila masalah PATI, masalah buang bayi, masalah sosial remaja dan yg tak remaja, jenayah ragut, rogol , rompak ( macam 3r pulak) bunuh, dan sebagainya dan sebagainya itu cuba di selesai kan?
bab janji ni..ada beberapa lagu lama yg liriknya lebih kurang begini..
jangan suka berjanji , jikalau tidak di tepati
janji membawa akibat, pabila banyak yang khianat...
dan begini..
apa guna berjani
jika tak di tepati..
tapi jangan sampai begini....
ada ubi ada batas ,ada hari boleh ku balas
apa nak di katakan sudah nasib badan...
bukan apa , pengundi semakin bijak, sumber maklumat ( samada palsu ke betul ke rekaan ke) pun banyak dan satu undi cukup untuk tentukan kalah menang..dan bila terpaksa keluar dari kediaman rasmi atau dari kawasan sendiri dan sebagainya dan sebagainya...

Tuesday, March 30, 2010
Tuesday, March 23, 2010
Lama tak menulis...
Sudah lama saya tidak menulis disini.Bukan apa, perkara yangg saya tulis itu sudah menjadi basi dan perkara biasa sekarang...kecurangan dalam rumahtangga sudah tidak jadi perkara yang menghairankan lagi. Rupanya sudah tidak ramai yang menghormati institusi keluarga dan sudah ramai yang tidak lagi pentingkan keluarga. Ketika saya menulis hal itu dan sehingga sekarang saya masih percaya, keruntuhan rumahtangga akan membawa kepada kerosakan dalam masyarakat dan akan merosakkan negara.
Suami atau isteri curang sudah jadi perkara biasa..anak-anak (perempuan terutamanya) lari dari rumah sudah jadi berita biasa, kes anak luar nikah yang di buang dan dijumpa (atau tidak dijumpai mungkin lebih ramai) samada hidup atau mati sudah jadi berita basi. Kes rogol oleh orang dewasa (dan sekarang ada kes rogol oleh kanak-kanak juga), oleh rakan sebaya, oleh ahli keluarga sendiri tidak lagi memeranjatkan.
Saya kemudian aktif melayan Facebook..seronok juga dapat berhubung dengan kawan-kawan lama tanpa perlu keluar dari rumah dan dapat melihat kehidupan mereka sekarang. Kemudian saya dapat cerita ada suami/isteri orang yang 'terlebih' melayan 'kawan' di FB..ada yang melayan semula kisah cinta lama di FB sehingga melukakan hati suami/isteri sendiri..ada yang menyamar di FB dan melayan lelaki/perempuan lain dengan melampau batas, ada yang 'block' suami /isteri sendiri. Macam-macam...dan saya mula merasa bosan. Sebenarnya cerita suami/isteri orang curang di laman sosial ni ,memang banyak , kesiannya ada yang percaya bahawa bercinta di dunia 'virtual' ini tidak salah dan cuma sekadar seronok-seronok saja..bila telah melihat wajah-wajah kacak dan jelita yang di letakkan dalam 'profile', ada yang menipu status diri sendiri, ramai yang hayal dan hanyut hingga terlupa bahawa melayan perempuan/lelaki yang bukan suami/isteri lebih baik dari melayan suani /isteri sendiri adalah berdosa..
Tetapi bukan salah laman sosial..tentunya 'pencipta' laman sosial tersebut tidak berniat bahawa ciptaannya akan jadi alat untuk curang...
Kenapa pula saya masih menulis tentang hal ini? mulanya saya tidak berniat nak sentuh pun isu ini..tapi sebagai isteri,sebagai ibu sebagai wanita saya percaya kita perlu menghalang apa saja yang boleh merosakkan keluarga terutama keluarga kita...dan curang adalah perkara utama yg boleh merosakkan keluarga!
Mungkin saya akan menulis lagi bila saya ada perkara baru yang boleh di kongsikan bersama...

Sunday, November 8, 2009
'Comfort pillow'
Setiap kawan yang menghadapi masalah kerana suami curang, menghadapinya dengan cara yang tersendiri. Walau pun ada di antaranya hanya mampu menelan airmata dan meneruskan hidup sebagai seorang isteri dengan hati yang luka dan berdarah ada yang bertindak mengikut hati yang kecewa dan amrah. Kalau suami yang usianya sudah melebihi setengah abad boleh mencari perempuan lain untuk bermanja , kenapa dia harus berendam airmata. Dia merasa tercabar kerana di amerasa dia masih boleh mencari lelaki lebih muda dan bergaya dari suaminya jika dia mahu.Dia telah mendapat banyak simpati dari ramai teman sekerja lelaki yang mengetahui kisah dukanya. Seorang dari mereka telah berjaya mendapat kepercayaan kawan saya ini dan menjadi tempat untuk dia mengadu nasib dan mencurah kan segala rasa kecewa dan lukanya...dia telah medapat "comfort pillow"...malangnya lelaki itu suami orang.
Ketika dia mmberitahu saya bahawa dia telah berjaya mendapat tempat mengadu iaitu sorang lelaki yang hampir senasib dengannya saya agak terkedu. Menurunya mereka semakin rapat kerana 'kawan' nya itu pandai memujuk dan telah berjaya membuat dirinya merasa di perlukan. Dan mudahnya dia percaya kepada 'cerita' lelaki itu...saya katakan kepadanya jangan mengubat luka di hati sendiri dengan melukakan hati orang lain. Tak pasal pasal akan kena sumpah secara percuma dari isteri lelaki itu. Saya faham dia merasa dekat dengan lelaki itu kerana kononnya masalah mereka hampir sama..sama-sama dilukakan oleh pasangan mereka...sama-sama berada dalam kapal yang hampir tenggelam.
Saya katakan kepadanya ..forget about his 'sad story'..he has a wife , he is still other woman's husband. and that she have been there .. she should be able to feel how her iend's wife would feel when she found out about their 'friendship'..because a wife will always know and will find out if her husband is cheating on her, however carefull or clever he is in managing his 'friendship'. Just like my friend and many other women have discovered about their husband 'other woman'.
Ramai isteri orang dan suami orang telah terperangkap dalam jerat "comfort pillow" atau teman mengadu. Rasa simpati kepada kawan yang menghadapi masalah rumahtangga ini boleh membawa kepada keruntuhan rumahtangga sendiri kerana ramai yang tidak sedar bahawa dalam mencari dan memberi simpati mereka telah melanggar batas perhubungan mereka. Walau apa pun masalah dengan suami atau isteri sendiri, selesaikan dengan pasangan sendiri, dalam lingkungan rumahtangga sendiri. Jangan mencari simpati dengan mengadu dan jangan menjerat pasangan orang lain dalam masalah kita. Kerana dari mengadu nasib, dari mendapat kasihan, kita akan mendapat belas hingga boleh membawa kita kepada simpati, hubungan menjadi semakin rapat dan ramai yang terjerumus dalam perangkap cinta yang bersegi-segi dan rumit tanpa disedari.
Ramai 'comfort pillow' itu sendiri yang terbuai dengan rasa simpati dan akhirnya tanpa disedari terlupa akan perasaan dan kewujudan isteri atau suami masing-masing. M
Moral of the story?..jagalah rumahtangga sendri dan hati pasangan masing-masing. Apa pun masalahnya selesaikan dengan pasangan masing-masing. Kalau perlu sangat kepada tempat mengadu pun, seboleh-boleh nya carilah kawan sejenis, melainkan orang itu meman pakar dalam bidang memberi simpati dan nasihat menasihat. Pakar pun boleh terperangkap ini kan pula kita. Fikir lah sebelum melangkah, dalam hal ini biarlah di katakan tidak sosial, tidak simpati, bukan seorang kawan yang baik, asal rumahtangga sendiri selamat. Selamatkan kapal sendiri sebelum melompat keatas kapal lain yang sudah hampir tenggelam.
Fikirkanlah..

Wednesday, July 8, 2009
Musykil Micheal Jackson
Apa untungnya kepada dunia Islam jika Micheal Jackson benar sudah memeluk agama Islam?..dan jika benar kenapa majlis pengebumiannya tidak seperti pengkebumian cara Islam yag biasa kita lihat di Malaysia..atau memang boleh di buat begitu macam yang di tunjuk dalam tv??ada nyanyian dan sebagainya..
kalau benar dia sudah Islam , bagaimana dengan anak-anaknya pula...
atau ada sesuatu yang kita tidak tahu???

bayangkan...
Penat lah nak cerita pasai suami curang dan tidak setia ni...rupanya memang benarlah kata orang-orang tua dan kata kawan-kawan saya bila masuk umur 40an seorang suami itu perlu diawasi tingkah lakunya dan di perhatikan perbuatannya...sebab sudah ramai saya lihat dan dengar suami dalam usia begini terlibat dengan perempuan lain. Masing-masing dengan alasan sendiri walau pun kalau rasanya jika di kumpulkan kebanyakan alasan nya sama je..
Cuma ingatlah...Nabi Muhammad SAW ketika umur 40 tahun diangkat menjadi Rasul dan begitu sayang dan setia kepada Khadija RA..kenapa suami kita pada 40an ini mula menggatal dan curang ??? mula mencari berbagai alasan dan mengira kekurangan isteri sedangkan secara lojiknya ketika umur Nabi Muhammad SAW 40 sudah berapa umur Khadijah RA?...sedangkan isteri-isteri yang suaminya berumur 40 an dan buat hal ini ramai yang masih muda dan cantik bergaya jika sudah berumur pun..bukan kah setia nya Nabi Muhammad SAW pada Khadijah RA ketika beliau masih hidup itu satu sunnah juga???
Yang nak jadi suami fikir lah..jika tidak mampu untuk setia, jangan lah tergesa-gesa melangkah kealam perkahwinan ...tunggu dan pilihlah seorang perempuan yang benar2 membuat anda mahu menjadi suami yang setia dunia akhirat..
Kepada yang sudah jadi suami, insaflah..isteri itu amanah...berdosa melukakan hati isteri..mengejeknya pun tidak boleh ( dengarlah khutbah nikah) apa lagi melakukan sesuatu yang melukakan hatinya...belajar lah bersyukur dan bepuas hati dengan rahmat Allah SWT..segala kekurangan seorang isteri , adalah kekurangan seorang suami sebnarnya..jika suami dapat memperbaiki apa-apa kekurangan isteri ertinya dia memperbaiki dirinya sendiri...
Kalau anda melakukannya di belakang isteri dan tanpa pengetahuan atau tanpa syak wasangka isteri anda sekali pun...Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui.....setiap titis kasih sayang dan setiap titik kesetiaan suami isteri adalah untuk satu sama lain..melakukan sesuatu yang bertentangan adalah satu pengkhianatan...
Cumanya..jika anda memuja,merindu dan mencintai perempuan lain, bayangkanlah isteri anda memuja, merindu dan mencintai lelaki lain atau lelaki lain memuja, merindui dan mencintai isteri anda..jika sanggup melalui nya..tidak ada maknanya lagi rumahtangga anda...

Subscribe to:
Posts (Atom)