Rasanya nak cerita sikit lah kan pasal BERSIH 2.0 ni..yg menganjurkan kata ini perhimpunan aman dan untuk menyuarakan perkara berkaitan pilihanraya yagn melibatkan semua rakyat malaysia yg layak menguandi..ada 7 perkara yang menjadi asas tuntutan..BN/UMNO menentang dan kata ini perhimpuan haram yang akan menimbulkan huruhara..PERKASA kata akan berlaku 'pertentangan'dan memberi gelaran berbagai kepada penganjur BERSIH..tetapi orang pakai baju t kuning dengan tulisan BERSIH 2.0 pulak yang kena tahan polis..
Soalannya..kenapa perhimpunan ini tidak di benarkan? penganjur dah jamin ianya aman..PERKASA aka Ibrahim Ali yang kata nak menentang, nak menghalang..sekarang dah keluar soal ISA pulak..kenapa rakyat tidak boleh menuntut pilihanraya yang adil dan telus? kenapa kerajaan tidak mahu sokong pilihanraya yang bersih?? kenapa kerajaan tidak mahu dengar suara rakyat?? bukankah kerajaan yg ada ini di pilih oleh rakyat? kenapa anggap rakyat yang mahu besuara sebagai musuh?? tidak kah hak bersuara, berhimpun ada dalam perlembagaan?
BERSIH 2.0 tidak minta PM atau TPM atau kerajaan yang ada supaya 'bersara awal'..tidak jugak minta serahkan Putrajaya kepada PR..tidak minta pun gaji menteri2 dipotong, elaun di tarik balik, atau minta supaya bayar sendiri bil2 rumah,isi petrol , bayar tol dengan duit sendri atau supaya mereka duduk dirumah sendiri, atau suruh isteri2 menteri pergi pasar sendiri bawak kereta sendiri, atau membeli belah guna duit sendiri..
Jadi apa masalahnya? hingga ugut2 nak bunuh orang, hingga keluar caci maki bangsa dan agama orang..kalau orang sentuh sikit saja soal agama dan bangsa kita , wah bukan main kita melompat bersilat tetapi kita sesuka hati menghina bangsa dan ugama orang lain. Bila perlu sokongan bangsa kita ,kita kutuk bangsa lain khianat lah, memburuk2kan Islam , menghina Islam. Bila perlu sokongan bangsa lain kita kutuk bangsa kita sendiri..malas , candu subsidi..dan macam2 lagi..apa hal?? rakyat telah dapat baca permainan politik yang begini..
Kenapa takut dengan pilihnraya yang tiada 'hadiah' kain pelikat dan kain batik, beras seguni, jambatan segera, turap jalan segera, bangunan segera, biasiswa segera, bayar hutang segera an etc etc..? kenapa bila ada Wakil Rayat mati saja tiba-tiba ada pulak projek yang 'memang dalam perancangan kita untuk rakyat , hanya tunggu masa sesuai untuk di laksanakan'...? dan kenapa bila nak ada pilihanraya saja , baru pegawai2 JKM sibuk cari orang miskin?? macam dah jadi petanda pulak..
Apakah perkataan "BERSIH" pun akan di haramkan? kena mula cari perkataan seerti lah nampaknya..cuci, sental, basuh, atau 'buang dan tukar'?..macam lampin pakai buang bayi (atau lampin dewasa)yg dah kotor..mana ada orang cuci lampin pakai buang (nama pun pakai buang!!!!)..buang dan tukar sajalah..kotor lagi kita buang dan tukar lagi...dan lagi..tetapi syaratnya kena ada lampin yang bersih la..atau tabiat pembersih..kalau dah tabiat malas nak tukar lampin kotor...tak dapek nak nolong!!!
begitulah 'citernya'..
Sunday, June 26, 2011
Wednesday, June 22, 2011
KELAB GREENBOC: SYABAS Dikecam Kerana Gagal Selenggara Logi Hingga...
KELAB GREENBOC: SYABAS Dikecam Kerana Gagal Selenggara Logi Hingga...: "S YABAS Gagal Selenggara Loji, Punca Gangguan Bekalan Air SHAH ALAM 22 JUN : Kerajaan negeri Selangor menegaskan gangguan bekalan air yang..."
Monday, June 13, 2011
Thursday, April 14, 2011
bengang, bengap, bangang, baghal..
Apa beza makna semua perkataaan itu? entahlah..yang jelasnya saya memang tengah bengang sebab tidak boleh membuka hampir semua blog dalam list bacaaan saya dan hampir tidak dapat membuka blog sendiri. Apa hal ni? denying people of a country access to information is definitely not a way to becoming a developed nation but it confirmed one of our ex-PM statementin which he said something like...'1st class infrastucture, 3rd class maintenance/mentality..or something similar to that.
Sunday, February 6, 2011
Apa nak jadi PKR?
Berita pemimpin atau ahli keluar PKR memang memeningkan kepala. Apa sebenarnya sudah terjadi dengan parti ini? kenapa yang mengumumkan keluar sekarang, dulu masuk PKR? adakah kerana mereka telah mendapati dasar dan perjuangan PKR tidak seperti yang mereka fahami pada ketika mereka di luar PKR? seperti indah khabar dari rupa? atau adakah sebenarnya jiwa mereka tidak sesuai dengan dasar dan perjuangan PKR? Perkara ini merisaukan kerana bukan ahli biasa yang keluar parti , semuanya yang ada jawatan dan seperti Gopalakraishnan perjuanganya bermula ketika era reformasi.
Saya tertanya-tanya adakah benar dakwaan UMNO bahwa parti ini hanya berkaitan Anwar Ibrahin sahaja menyebabkan ramai yang tidak selesa terutama dengan Azmin. Saya dan ramai rakyat Malaysia mempunyai harapan yang tinggi kepada PR untuk mengubah 'landscape'politik dan pemerintahan negara kita..tetapi dengan pergolakan dalaman PKR yang belum selesai dan sentiasa bergolak harapan saya dan rakyat Malaysia sukar untuk menjadi kenyataan.
Saya faham PKR ialah sebuah parti politik yang baru dan masih muda dan kebanyakan ahlinya masih baru dalam politik dan mungkin ada yang secara tidak sengaja menjadi orang politik. Bagaimana pun saya dan ramai rakyat Malaysia amat berharap agar PKR segera menyelesaikan segala masalah dalaman samada kecil atau besar atau sengaja di perbesarkan segera dapat diselesaikan. Itupun jika PKR berharap untuk terus menjadi parti yang relevan dalam PR. TOLONG lah jangan memberi kan peluang dalam bentuk apa pun, sekecil mana sekalipun untuk dimanipulasikan oleh UMNO dna BN. Jika ada masalah apa pun cepatlah selesaikan jangan sampai menjadi senjata yang makan tuan.

Thursday, February 3, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)