Sunday, January 16, 2011

orang dapur bersungut

Memang orang dapur lah yang bersungut sekarang ni. Apa tak nya semua barang naik harga. Minyak yang dikatakan tidak akan naik harga , tiada pula di kedai mahu pun di pasaraya mini. O ya saya dapat sekampit 1 kilo minyak masak di sebuah pasaraya mini. Itu pun diletak di kaunter pembayaran dan jika pelanggan yang biasa membeli di sana bertanya, baru akan dapat dapat membeli , itupun 1 kilo saja.Wah, macam mana dengan peniaga makanan ya? tetapi mereka biasanya mendapatkan minyak dari NSK atau Mydin dalam kuantiti yang banyak. Harga? Saya tak perasan sebab bayar sekali dengan barang lain. bawang besar ada di pasaran tetapi harga berbeza-beza. Pasar Blt Sentosa harganya ada yang rm4.30 dan RM5.50. Satu peniada 2 harga bawang yang berlainan kenapa? nampak macam yang mahal tu , cantik sikit bawangnya, yang lagi satu tu macam nak busuk je..bawangt kecil, bawang putih pun sama. Jadi agaknya sekarang sepinggan nasi campur berapa harga?

kalau ikut cara-cara penjimatan yang di sarankan oleh menteri, bila harga sayur melambung naik hujung tahun lepas ialah tanam sayur-sayuran di rumah kita..sekarang kena tanam pokok ekpala sawit kat halaman rumah la nampaknya..senang, nak minyak petik je setamdan dan perah la sendiri..MEMANG jimat. Say ajgua ada terbaca bahawa seorang profesor menyatakan bahawa kita tidak boleh tanam bawang di negara kita sebabcuaca tidak sesuai etc etc etc..abis tu cuaca di India tu sesuai sangat la? kan ada MARDI la , FAMA la.. buat la kajian macma mana nak hasilkan bawang yang boleh di tanam di dalam cuaca Malaysia ni..Kita kan ada Universiti Putra yang dulunya Universiti Pertanian tak boleh ke buat R&D? bela lembu impot boleh , nak tanam bawang tak boleh?

samalah dengan hal membela ayam utnuk daging nya..selalu bersungut harga ayam tidka dapat di kawal, harga makanan ayam mahal, sembelih ayam tidak ikut syarak..kenapa kementrerian Pertania tidak usahakan ladang ayam besar-besartan di bawah kementerian? kenapa gian nak bela kambing? orang melayu memang tak berapa suka makan kambing, walau pun kata kambing tidak menyebabkan penyakit darah tinggi dan beribu kebaikan lagi, mana ada orang mampu nak beli daging kambing? ada dengar budak-budak makan nasi dengtan lauk kambing goreng? mana-mana sawah yagn dah kontang tu, tanam jagung besara-besaran untuk mkanan ayam. belia pun ramai nmenganggur tanah pun banyak terbiar , tanah FELDA pun ada lagi yg tak di usahakan..ap masalahnya? Tak boelh kitia berusaha sikit supaya ktia jadi 'self sufficient'? Indonesia boleh ekspot kentang, India boleh tanam bawang, Cina dengan bawang putihnya..semua negara tersebut terdedah kepada bencana alam..banjir di Cina, bawang puith pun naik harga..

Semua nak buat projek mega dan meniaga saham. Cuab lah realistik sikit..sampai sekarang tak ada satu pasaraya besar pun milik orang melayu..Mydin?? tolong la..Giant ? Tesco? mana ada ladang ayam orang melayu? yang tukang sembelioh kat pasar basah pun mat bangla. Yang banyak nya jual kopi tongkat ali, kacip fatimah, makanan untuk kecantikan 'menegangkan sana 'menganjalkan sini'..bukalah mana-mana majalah wanita pun..semua perempuan 'di paksa' jadi muda walau pun dah usia 50 mesti nampak ummur 18..ada logik ke? undang-undang graviti, kak...tetapi semua takut kalau kendur sana sini suami lari..

kena duk pakat la pemimpin negara, kena beri keutamaan pada kepentingan rakyat..bukan dahulukan rakyat dalam menaikkan harga barang!Dan TOLONG lah..usah la cakap ' ikut harga pasaran dunia'. ' lebih murah dari negara jiran'' negara pembekal di landa bencana alam', 'rakyat tidak akan terkena kesan kenaikan harga', 'untuk mengurangkan subsidi dari di dalah gunakan'..rasa nak muntah mendengarnya!! cubalah cakap..'kami pemimpin akan kurang kan gaji 50%' atau 'kami akan pulangkan semua elaun yang kami dapat dan hidup dengan gaji kami semata-mata', 'kami tak akan pakai merc @ BMW tapi akan pakai Kancil atau proton'..sedap la sikit telinga mendengarnya..

No comments:

Post a Comment