Ini cuma persoalan yang biasa dan telah banyak diperkatakan orang...kes rumah tangga hingga membawa kepada cerai berai pasangan..samada yang telah lama bersama dan mengharungi berbagai pengalaman bersama atau pun pasangan yang baru saja bersama-sama dalam sebuah rumahtangga. Ramai kawan-kawan perempuan yg datang dengan masalah yang hampir sama.
Kebanyakannya kerana wujudnya orang ketiga..dan selalu nya orang ketiga ini ialah perempuan lain, selalunya juga lebih muda, selalunya memang tahu yang sedang dirapati nya itu suami orang. Seorang kawan lelaki saya bertanya dalam kes amc am ni, siapa yang lebih kejam antara lelaki dan perempuan?? mungkin ada tapi jarang -jarang kita dengar seorang lelaki beria-ia benar memikat isteri orang hingga menyebabkan runtuhnya sebuah rumahtangga. Tetapi jika kita baca di media cetak, atau tonton di tv, samada cerita benar atau dalam drama rekaan semata-mata dan termasuk juga cerita yang tidak tersiar dimana-mana, ramai perempuan sanggup berusaha bersungguh-sunguh untuk mendapatkan suami orang lain hingga membawa kepada cerai berai...betul jugak tu agaknya, bila kawan saya tu kata perempuan memang kejam.
Tetapi bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, jarang sangat orang akan menari jika tiada irama...kenapa seorang suami pula mudah sangat "tergoda" dan tidak berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan hati, cinta dan kasih sayang serta rumahtangganya bila dia di"goda" oleh perempuan lain? kenapa setelah lama berumahtangga seorang isteri tidak melekat kukuh dalam hati suaminya hingga mudah benar tempat nya diganti oleh perampuan lain? ramai suami telah gunakan alasan..."saya telah jatuh cinta lagi, bukan saya sudah tidak sayang kan awak atau anak-anak". Mudahkan bagi lelaki?
Benarkah lelaki suami orang memang menunggu peluang untuk mencari "cinta baru" dan akan gunakan apa saja alasan untuk mendapatkannya??? dan sanggup gadaikan kebahagian yang ada untuk keseronokan melayan "cinta baru"?
Suami sajakah ada hak untuk jatuh cinta lagi?? Kalau ada lelaki lain yang lebih muda, kacak dan kaya jatuh cinta dengan isteri kita macam mana pula? atau bagaimana agaknya rasa seorang suami kalau ada lelaki lain yg tak semestinya muda, kacak dan kaya, memandang isteri kita dengan penuh kasih sayang, dengan penuh rasa cinta, dengan penuh nafsu sebagaimana kita memandang perampuan lain?? atau bila isteri kita yang jatuh cinta dan merindui lelaki lain. Mustahil? tidak mustahil?...
bak kata nabil...Lu fikir lah sendiri..
Lelaki pun kejam jugak...sanggup lukakan hati isteri dan lihat isteri berendam airmata, semata-mata kerana dia telah ..'jatuh cinta sekali lagi'...lemah benar hati suami orang ni.
keputusannya?...entahlah ya...lain kes lain pulak alasan dan sebab musabab dan akibatnya..tapi pada semua yang baru merancang nak berumahtangga tu....fikirlah dalam-dalam...buatlah pilihan yang bijak kerana jika telah menjadi suami atau isteri orang, tanggung dan jawabnya hingga ke akhirat nanti. Ada dua keluarga yang telah disatukan oleh perkahwinan kita dan ada anak-anak hasil dari perkahwinan kita.
Tetapi jika terjadi juga, kena bijaklah pula untuk menentukan kemana nak di halakan masalah dan rumahtangga kita..menangis airmata darah pun , perkara telah terjadi, tidak boleh nak ditarik balik. Nak menjerit-jerit menepuk dada , menarik rambut sendiri atau rambut orang , atau menyerang orang memang rasanya perkara paling patut dibuat tetapi tak guna. Tidak akan dapat mengubah apa-apa. Suami kita tetap telah "melayan" perempuan lain dan senang-senang saja reaksi "terlampau " kita akan digunakan sebagai alasan. Orang yang patut kita mulakan untuk selesaikan amsalah ini ialah suami kita.
Bertenang. Ambil masa, berfikir dan buat lah keputusan yang baik untuk masa depan masing-masing. Ramai isteri memilih untuk kekal dalam rumahtangga, menderita dalam diam dengan hati yang terluka dengan alasan kesian kan anak-anak, masih cinta antara satu sama lain. Boleh bahagia kah begitu??? Ada juga yang berjuang bersungguh-sungguh merebut kembali cinta suami dan berjaya. Ada yang gagal. Ada sedikit walau pun hati masih cinta kepada suami mencari jalan keluar kerana tidak sanggup berbagi cinta. Ada yang kata cinta dan perkahwinan ini pelaburan, jika kita telah melabur 100% tetapi pulangan di kongsi dengan orang lain tiada makna lagi..dan ada yang kata , kongsi baju pun dengan orang lain kita tidak mahu...inikan pula berkongsi kasih.
o ya..lelaki jadi juara bila sebut sunah Nabi, tetapi kenapa jarang sangat yang sebut dan ajak lelaki mencontohi kesetian dan kasih sayang Rasulullah SAW kepada Khadijah RA?...pernah dengar ke ustad atau ustazah atau sesiapa pun promote kesetiaan dan kasih sayang Rasulullah SAW kat mana-mana ceramah atau usrah atau kat CD?
Kira fikir lah dengan hati yang di pandu oleh iman dan taqwa. Lihat lah pasangan kita dengan mata iman dan taqwa. Tunduk kanlah pandangan mata kita dengan iman dan taqwa. Jika tidak, syaitan akan mudah memperdayakan kita dengan mencantik dan memolekkan maksiat.
No comments:
Post a Comment