Tuesday, May 26, 2009

wahai gadis...

I read with heavy heart today's newspaper..yet again another marriage on the due to presence of another women..as usual a young beautiful young girl against a wife this time with 6 children..

Apa ada pada lelaki suami orang yang menjadi buruan dan rebutan gadis2 sekarang? apa cerita duka atau apa "ayat" nya istilah budak-budak muda sekarang yang membuat gadis jadi hilang pertimbangan ?? hingga tidak nampak bersamanya ada pakej..isteri, anak-anak dan keluarga mereka. dan pakej ini ada hati dan perasaan.

Ingat lah gadis muda...jgn naik kapal yang sudah mahu karam..kerana orang hanya akan ingat orang yg menyebabkan kapal itu laram ialah anda..penumpang terakhir...maksudnya, jika anda bertemu suami orang dan dia cuba mendekati anda dengan bermacam helah, cerita dan riwayat tentang rumahtangga nya atau tentang betapa hidupnya tidak pernah bahagia sehingga dia terlihat wajah anda yang jelita dan bertemu anda yang manja menyejuk jiwanya....biarkanlah dia tenggelam dengan "kapal" nya itu...itu memang cerita rekaan semata-mata.

Jika benar pun dia ada masalah dgn perkahwinan nya terutama dgn isterinya yg sudah tua, tidak pandai melayan, berbau belacan etc etc..suruh lah di apergi jumpa tok kadi dan ceraikan isterinya ....suruh dia selesaikan dulu satu urusan sebelum buat satu urusan lain...dan siapa anda yang masih muda yg belum pernah berumahtangga, belum pernah berjaga malam menjaga anak sakit dan belum pernah pun merasa loya nya ketika mengandung apatah lagi menyabung nyawa melahirkan anak, mahu menjadi pengubat hati suami orang?..melainkan anda akan menjadi rencah utama kepada kecurangan seorang suami..

melainkan anda bersedia menjadi "second best" dan mendapat yang "second hand" pula..apa sangat lah yang tinggal dalam sisa-sisa usia seorang suami orang...selama mana sangat dia akan dapat melayan usia muda dan manja seorang perempuan yang mungkin saja sebaya anak gadisny asendiri...dan dia mungkin saja hampir atau sebaya bapa anda... dan segala masalah dgn isteri pertama dan anak2nya..masalah membahagikan masa, duit ringgit dan tenaganya diantara dua isteri...itu pun jika dia sebenarnya mahu mengambil anda sebagai isteri..

Jika hanya menjadi tempat melepas "manja"nya saja??? selepas jumpa anda dia akan balik kepangkuan isterinya, makan masakan nya, tidur di katil yang di kemas kan isterinya dan di sebelah isterinya.....dan bila hal anda terbongkar, dia akan menyalahkan anda kerana menggodanya.....dan anda yang akan menjadi mangsa serangan atau paling tidak pun sumpah seorang isteri....

Lihat lah apa terjadi dengan norman hakim ,memey dan abby...abby sudah bebas mencari hidup dan bahagia nya tetapi memey masih lagi bergelut dengan kes di mahkamah , masih dituduh perampas suami orang dan masih juga belum menjadi isteri norman hakim ( setakat yg di ketahui melalui akhbar). dan sekarang kes akil haiye , waheeda, isteri akil dan 6 anaknya...siapa yag akan menjadi buah mulut orang??waheeda jugak...walau pun sebesar gunung pun salah seorang isteri, tangung jawab suami nya lah untuk membimbing nya..sebaik mana pun niat anda seorang perempuan yang tiada hubungan apa-apa dengan suami orang, baik jangan jejak kan kaki anda dalam masalah rumahtangga orang lain..walau betapa besar pun cinta anda dan suami orang itu...sekadar menyebut contoh yg jelas..

melainkan anda bersedia memerima akibat dari perbuatan anda sendiri..ingatlah adik-adik atau anak-anak...iangan bina bahagia atas airmata dan luka hati seorang perempuan lain bernama isteri..senang cakap jangan ambil atau rampas atau "sabo" suami orang...sebab ada satu masa anda akan berada di hujung sebelah sana..mungkin bapa anda di rampas orang dan ibu anda yang menderita..atau adik anda atau anak anda nanti atau anda sendiri akan merasa kepedihannya...Allah Maha Adil dan doa orang yang teraniaya makbul.

Oleh itu anak-anak atau adik-adik perempuan yang masih muda dan belum berumahtangga, berhati-hati lah dengan perangkap suami orang....kepada yang sudah berkahwin, suami sendiri...

dunia..dunia...

No comments:

Post a Comment