Latest tentang "MB"Zambry dapat stay untuk perlaksanaan perintah mahkamah tinggi semalam yg ishtiharkan "MB" nizar adalah MB perak yg sah atas alasan-alasan undang-undang tidak lah terlalu mengejutkan....berita En Sivakumar di "heret" keluar dari DUN Perak itu mengejutkan..adakah itu tamdanya demokrasi sedang hidup subur di Malaysia???
Jika di Taiwan, kes-kes baling membaling kerusi, kasut dalam dewan yg sedang bersidang dulunya macam perkara lucu bila ditonton dalam tv..sekarang ni rakyat malaysia telah berani meluahkan rasa tidak puas hati mereka..dan dengan berbagai cara juga..seorang pensyarah universiti di tumbuk di khalayak ramai ketika sedang berucap di atas pentas..setakat di sembur "water cannon" dan gas pemedih mata itu pun telah di buat oleh rakyat malaysia...
jadi agaknya apakah perkara yang hendak disampaikan oleh rakyat malaysia dan siapa yang patut mendengar mereka ini? dan apa yg perlu di buat dengan luahan perasaan mereka ini. Soal seterusnya boleh kah rakyat dalam satu negara meluahkan perasaan mereka? jika boleh kepada siapa nak di luahkan dan jika tidak boleh pula kenapa???
Negara keliling kita , kita boleh lihat bahawa rakyat mereka telah lama meluahkan perasaan mereka dengan pelbagai cara..yg kasar ada yang halus pun ada..pemimpin datang dan pergi tetapi rakyat tetap kumpulan yang memilih pemimpin melalui proses undi..tetapi jika rakyat sendiri yang pilih , kenapa pula rakyat juga yang tidak puas hati ? adakah kerana mereka tersedar mereka telah tersalah memilih pemimpin atau pemimpin tidak mengikut kehendak rakyat yang memilih????
Konsep demokrasi juga dikatakan mengikut acuan sesuatu negara itu sendiri...tetapi tentu ada asasnya yang walau di guna pakai oleh negara mana sekali pun ia tetap di lihat sebagai demokrasi.
atau "demokrasi terpimpin" ala "3 Abdul"?...
Sekarang ini orang yg terlibat secara lansung dengan undang-undang , atau yang berminat dengan undang-undang, orang politik , dan yg berminat dengan politik tentu sedang pecah kepala hendak cuba merungkaikan dan meleraikan masalah di Perak..
negeri teman tu...berdoa lah banyak-banyak semoga kita semua akan di selamatkan Allah SWT dari akibat buruk kejadian ini..semoga semua pihak akan jadi bertambah matang dalam semua segi dengan kejadian ini.
No comments:
Post a Comment