Friday, November 25, 2011
MIMPI SENJA: Mahkamah Tinggi tolak rayuan Peguam Negara
MIMPI SENJA: Mahkamah Tinggi tolak rayuan Peguam Negara: Keputusan ini sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 OKT Lebuhraya Kesas. SHAH ALAM: Hakim Mahkamah T...
Sunday, November 20, 2011
MIMPI SENJA: Dosa besar Noh Omar kepada petani - Faekah
MIMPI SENJA: Dosa besar Noh Omar kepada petani - Faekah: Nampaknya pengumuman Kerajaan Negeri untuk mengadakan pilihanraya selepas bulan Jun pada tahun 2012 yakni setelah 4 tahun memerintah, menggu...
Thursday, November 10, 2011
KELAB GREENBOC: Kanak-kanak Perempuan Ditinggalkan Di Tepi Tandas ...
KELAB GREENBOC: Kanak-kanak Perempuan Ditinggalkan Di Tepi Tandas ...: M elaka: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat ...
Thursday, July 21, 2011
Friday, July 15, 2011
BERSIH 2.0
Sebelum 9/7/2011 - sebenarnya saya memang tidak pasti bahawa ia akan terjadi. Saya menjangka bahawa ramai orang seperti saya, yang merasakan tuntutan BERSIH 2.0 adalah adil (fair), terbuka dan untuk kebaikan negara tetapi tidak berani 'turun padang' menyatakan sokongan saya. Memang saya takut, saya takut akan dibalun dengan belantan, saya takut akan kena gas pemedih mata dan saya takut ditangkap polis dan kena tahan di lokap. Saya memang takut dengan polis walaupun saya tidak buat salah,..jika tidak , kenapa saya masih memakai talipinggan keledar walaupun memandu di jalan yang sunyi?? ada perempuan yang ditahan dan disamun oleh polis palsu. Saya memang takut dengan polis sejak polis memecah masuk kerumah Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk menangkapnya. Dan bertambahlah ketakutan saya bila KPN pada masa itu membelasah DSAI hingga separuh mati.
Rupanya ramai juga yang seperti saya. Penakut. Tetapi lebih ramai yang benar-benar berani dan percaya dengan perlindungan dan hak yang diberi oleh Perlembagaan untuk kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman. Saya melihat mereka di AJE, BBC dan CNN kerana saya tidak percaya dengan lapuran stesen televisyen tempatan. Kemudian saya melayari internet dan melihat gambar dan video di beberapa blog kesukaan saya. Memang mereka berani. Saya 'salute' keberanian dan saya kagum dengan kebijaksanaan mereka. Berani kerana tenang dalam menghadapi tak FRU dan beratus FRU dan polis. Berani menahan semburan air beracun dan gas pemedih mata. Bijak kerana dapat memasuki KL yang di kawal ketat dan dapat bersilang siku, berganding bahu bergerak kearah Stadium merdeka. Bijak dan berani kerana tidak melayan provokasi FRU dan polis. Untuk keberanian mereka mewakili saya yang pengecut ini,saya berdoa semoga Allah SWT melindungi, memberkati dan memudahkan urusan. Walaupun mereka tidak dapat dapat berhimpun di Stadium Merdeka dan tidak di benarkan menyerahkan mmemorandum kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung tetapi isi kandungan memo telah sampai kepada rakyat!!
Dunia telah melihat demokrasi terpimpin ala '3 Abdul'.. di Malaysia. Kerana mahukan kebenaran rakyat di hukum. Kenapa kerajaan BN melihat tuntutan BERSIH 2.0 sebagai satu ancaman? sedangkan yang di tuntut ialah SPR? Tidak ada satu pun tuntutan BERSIH 2.0 yang menuntut Dato Seri Najib berundur? atau Putrajaya diserahkan kepada PR atau Ketua Polis Negara di tukarkan atau KDN di bubarkan. Tidak minta pun PERKASA di harammkan atau Ketua Pemuda UMNO digantung..Habis kenapa PM/TPM/PERKASA/Pemuda UMNO aka PATRIOT memberi reaksi melampau dan keterlaluan? nasi sudah menjadi bubur yang basi bila PM mengejek-ngejek luka di dahi DSAI. Sekurang2nya DSAI telah tumpah darahnya ke bumi tanah airnya kerana berjuang bersama rakyat untuk satu tuntutan yang adil..sekurang-kurangnya DSAI tetap dalam perjuangannya untuk rakyat bermula dari zaman universiti nya..apa yang mereka perjuangkan?
Pada pendapat saya , BERSIH 2.0 mendapat sambutan kerana perbuatan kerajaan dan penyokong2 nya sendiri. Mereka yang memberi publisiti kepada BERSIH 2.0 dengan tindakan kurang akal dan kurang bijak mereka sebelum 9/7/2011. Dan nyatalah BN ketinggalan zaman..sekarang zaman cyber,langit terbuka , komunikasi berhala-hala..kita tidak perlu hantar lagi gambar ke AJE/CNN/BBC..mereka ada koresponden meraka sendiri yang mmebuat lapuran secara lansung dari tempat kejadian..apatah lagi negara jiran kita..giliran mereka pula membuat liputan tentang negara kita yang aman permai tiada gunung berapi , tiada gempa bumi ini..yang tidak ada nilai berita dan membosankan sehingglah ada video dan gambar polisi menembak gas pemedih mata dan membalun rakyat dengan cotar!!
Kerajaan kena berindak lebih bijak jika tidak pun berhemah. Dengar suara SEMUA rakyat, jangan mendengar suara penyokong saja kerana MEMANG ada sokong yang membawa rebah. Dan suka atau tidak suka rakyat termasuklah PR dan penyokong mereka. Demokrasi dan Perlembagaan membenarkan dan memberikan hak untuk bersuara. Dan dalam Islam kebenaran akan tetap kebenaran walaupun di bawa oleh golongan suara minoriti!! Tidakkah Islam ugama rasmi Perlembagaan??
Kita fikirkanlah ..

Tuesday, July 12, 2011
Monday, July 11, 2011
Sunday, July 10, 2011
Saturday, July 9, 2011
Khalid Samad: MemBERSIHkan Pencuri, Perkuda, Penipu dan Penakut
Khalid Samad: MemBERSIHkan Pencuri, Perkuda, Penipu dan Penakut: "Ada yang menghebohkan bahawa BERSIH adalah pertubuhan haram yang di pimpin oleh Dato’ Ambiga, seorang peguam Hindu yang membela golongan mur..."
Sunday, June 26, 2011
cer citer..cer citer..
Rasanya nak cerita sikit lah kan pasal BERSIH 2.0 ni..yg menganjurkan kata ini perhimpunan aman dan untuk menyuarakan perkara berkaitan pilihanraya yagn melibatkan semua rakyat malaysia yg layak menguandi..ada 7 perkara yang menjadi asas tuntutan..BN/UMNO menentang dan kata ini perhimpuan haram yang akan menimbulkan huruhara..PERKASA kata akan berlaku 'pertentangan'dan memberi gelaran berbagai kepada penganjur BERSIH..tetapi orang pakai baju t kuning dengan tulisan BERSIH 2.0 pulak yang kena tahan polis..
Soalannya..kenapa perhimpunan ini tidak di benarkan? penganjur dah jamin ianya aman..PERKASA aka Ibrahim Ali yang kata nak menentang, nak menghalang..sekarang dah keluar soal ISA pulak..kenapa rakyat tidak boleh menuntut pilihanraya yang adil dan telus? kenapa kerajaan tidak mahu sokong pilihanraya yang bersih?? kenapa kerajaan tidak mahu dengar suara rakyat?? bukankah kerajaan yg ada ini di pilih oleh rakyat? kenapa anggap rakyat yang mahu besuara sebagai musuh?? tidak kah hak bersuara, berhimpun ada dalam perlembagaan?
BERSIH 2.0 tidak minta PM atau TPM atau kerajaan yang ada supaya 'bersara awal'..tidak jugak minta serahkan Putrajaya kepada PR..tidak minta pun gaji menteri2 dipotong, elaun di tarik balik, atau minta supaya bayar sendiri bil2 rumah,isi petrol , bayar tol dengan duit sendri atau supaya mereka duduk dirumah sendiri, atau suruh isteri2 menteri pergi pasar sendiri bawak kereta sendiri, atau membeli belah guna duit sendiri..
Jadi apa masalahnya? hingga ugut2 nak bunuh orang, hingga keluar caci maki bangsa dan agama orang..kalau orang sentuh sikit saja soal agama dan bangsa kita , wah bukan main kita melompat bersilat tetapi kita sesuka hati menghina bangsa dan ugama orang lain. Bila perlu sokongan bangsa kita ,kita kutuk bangsa lain khianat lah, memburuk2kan Islam , menghina Islam. Bila perlu sokongan bangsa lain kita kutuk bangsa kita sendiri..malas , candu subsidi..dan macam2 lagi..apa hal?? rakyat telah dapat baca permainan politik yang begini..
Kenapa takut dengan pilihnraya yang tiada 'hadiah' kain pelikat dan kain batik, beras seguni, jambatan segera, turap jalan segera, bangunan segera, biasiswa segera, bayar hutang segera an etc etc..? kenapa bila ada Wakil Rayat mati saja tiba-tiba ada pulak projek yang 'memang dalam perancangan kita untuk rakyat , hanya tunggu masa sesuai untuk di laksanakan'...? dan kenapa bila nak ada pilihanraya saja , baru pegawai2 JKM sibuk cari orang miskin?? macam dah jadi petanda pulak..
Apakah perkataan "BERSIH" pun akan di haramkan? kena mula cari perkataan seerti lah nampaknya..cuci, sental, basuh, atau 'buang dan tukar'?..macam lampin pakai buang bayi (atau lampin dewasa)yg dah kotor..mana ada orang cuci lampin pakai buang (nama pun pakai buang!!!!)..buang dan tukar sajalah..kotor lagi kita buang dan tukar lagi...dan lagi..tetapi syaratnya kena ada lampin yang bersih la..atau tabiat pembersih..kalau dah tabiat malas nak tukar lampin kotor...tak dapek nak nolong!!!
begitulah 'citernya'..

Wednesday, June 22, 2011
KELAB GREENBOC: SYABAS Dikecam Kerana Gagal Selenggara Logi Hingga...
KELAB GREENBOC: SYABAS Dikecam Kerana Gagal Selenggara Logi Hingga...: "S YABAS Gagal Selenggara Loji, Punca Gangguan Bekalan Air SHAH ALAM 22 JUN : Kerajaan negeri Selangor menegaskan gangguan bekalan air yang..."
Monday, June 13, 2011
Thursday, April 14, 2011
bengang, bengap, bangang, baghal..
Apa beza makna semua perkataaan itu? entahlah..yang jelasnya saya memang tengah bengang sebab tidak boleh membuka hampir semua blog dalam list bacaaan saya dan hampir tidak dapat membuka blog sendiri. Apa hal ni? denying people of a country access to information is definitely not a way to becoming a developed nation but it confirmed one of our ex-PM statementin which he said something like...'1st class infrastucture, 3rd class maintenance/mentality..or something similar to that.
Sunday, February 6, 2011
Apa nak jadi PKR?
Berita pemimpin atau ahli keluar PKR memang memeningkan kepala. Apa sebenarnya sudah terjadi dengan parti ini? kenapa yang mengumumkan keluar sekarang, dulu masuk PKR? adakah kerana mereka telah mendapati dasar dan perjuangan PKR tidak seperti yang mereka fahami pada ketika mereka di luar PKR? seperti indah khabar dari rupa? atau adakah sebenarnya jiwa mereka tidak sesuai dengan dasar dan perjuangan PKR? Perkara ini merisaukan kerana bukan ahli biasa yang keluar parti , semuanya yang ada jawatan dan seperti Gopalakraishnan perjuanganya bermula ketika era reformasi.
Saya tertanya-tanya adakah benar dakwaan UMNO bahwa parti ini hanya berkaitan Anwar Ibrahin sahaja menyebabkan ramai yang tidak selesa terutama dengan Azmin. Saya dan ramai rakyat Malaysia mempunyai harapan yang tinggi kepada PR untuk mengubah 'landscape'politik dan pemerintahan negara kita..tetapi dengan pergolakan dalaman PKR yang belum selesai dan sentiasa bergolak harapan saya dan rakyat Malaysia sukar untuk menjadi kenyataan.
Saya faham PKR ialah sebuah parti politik yang baru dan masih muda dan kebanyakan ahlinya masih baru dalam politik dan mungkin ada yang secara tidak sengaja menjadi orang politik. Bagaimana pun saya dan ramai rakyat Malaysia amat berharap agar PKR segera menyelesaikan segala masalah dalaman samada kecil atau besar atau sengaja di perbesarkan segera dapat diselesaikan. Itupun jika PKR berharap untuk terus menjadi parti yang relevan dalam PR. TOLONG lah jangan memberi kan peluang dalam bentuk apa pun, sekecil mana sekalipun untuk dimanipulasikan oleh UMNO dna BN. Jika ada masalah apa pun cepatlah selesaikan jangan sampai menjadi senjata yang makan tuan.

Thursday, February 3, 2011
Tuesday, February 1, 2011
Monday, January 31, 2011
Wednesday, January 26, 2011
Monday, January 24, 2011
masalah betul..
setiap kali PRK atau PRU pihak yang bertanding tidak menjelaskan isu dasar dan polisi masing-msing. ang di layan dan di besar-besarkan hal-hal peribadi. Bila kita dapat melihat debat dasar dan polisi macam di UK atau USA?Nampaknya kempunan la kita..mati pun tak boleh tutup mata rapat..
Oleh kerana hal peribadi menjadi isu yagn besar di Malaysia, maka calun-calun hendaklah mempastikan diri mereka bersih. Hendaklah juga mempastikan epnokong mereka yagn berkempen pun kena lah yang bersih jugak, jika tidak ibarat membaling kayu kepada berruk, tentulah di balas dengan kayuu jugak oleh beruk dan kalau terkena dan luka ,jangan salahkan beruk!
Hal peribadi pemimpin memang penting. Ramai orang yang mempercayai ajaran yang di bawa oleh Muhammad SAW kerana peribadi mulia baginda. Tidak ada apa yang boleh disalahkan , dari kecil hingga dewasa , semua orang tahu peribadi mulia baginda. Yang menjadi masalah kepada yang tidak mahu beriman ialah bila di suruh menyembah Allah yang Esa dan tidak menjadikan berhala sebagai 'perantraan atau sekutu Allah SWT..Habislah bisnes berhala...
Di malaysia macam mana?

Sunday, January 16, 2011
orang dapur bersungut
Memang orang dapur lah yang bersungut sekarang ni. Apa tak nya semua barang naik harga. Minyak yang dikatakan tidak akan naik harga , tiada pula di kedai mahu pun di pasaraya mini. O ya saya dapat sekampit 1 kilo minyak masak di sebuah pasaraya mini. Itu pun diletak di kaunter pembayaran dan jika pelanggan yang biasa membeli di sana bertanya, baru akan dapat dapat membeli , itupun 1 kilo saja.Wah, macam mana dengan peniaga makanan ya? tetapi mereka biasanya mendapatkan minyak dari NSK atau Mydin dalam kuantiti yang banyak. Harga? Saya tak perasan sebab bayar sekali dengan barang lain. bawang besar ada di pasaran tetapi harga berbeza-beza. Pasar Blt Sentosa harganya ada yang rm4.30 dan RM5.50. Satu peniada 2 harga bawang yang berlainan kenapa? nampak macam yang mahal tu , cantik sikit bawangnya, yang lagi satu tu macam nak busuk je..bawangt kecil, bawang putih pun sama. Jadi agaknya sekarang sepinggan nasi campur berapa harga?
kalau ikut cara-cara penjimatan yang di sarankan oleh menteri, bila harga sayur melambung naik hujung tahun lepas ialah tanam sayur-sayuran di rumah kita..sekarang kena tanam pokok ekpala sawit kat halaman rumah la nampaknya..senang, nak minyak petik je setamdan dan perah la sendiri..MEMANG jimat. Say ajgua ada terbaca bahawa seorang profesor menyatakan bahawa kita tidak boleh tanam bawang di negara kita sebabcuaca tidak sesuai etc etc etc..abis tu cuaca di India tu sesuai sangat la? kan ada MARDI la , FAMA la.. buat la kajian macma mana nak hasilkan bawang yang boleh di tanam di dalam cuaca Malaysia ni..Kita kan ada Universiti Putra yang dulunya Universiti Pertanian tak boleh ke buat R&D? bela lembu impot boleh , nak tanam bawang tak boleh?
samalah dengan hal membela ayam utnuk daging nya..selalu bersungut harga ayam tidka dapat di kawal, harga makanan ayam mahal, sembelih ayam tidak ikut syarak..kenapa kementrerian Pertania tidak usahakan ladang ayam besar-besartan di bawah kementerian? kenapa gian nak bela kambing? orang melayu memang tak berapa suka makan kambing, walau pun kata kambing tidak menyebabkan penyakit darah tinggi dan beribu kebaikan lagi, mana ada orang mampu nak beli daging kambing? ada dengar budak-budak makan nasi dengtan lauk kambing goreng? mana-mana sawah yagn dah kontang tu, tanam jagung besara-besaran untuk mkanan ayam. belia pun ramai nmenganggur tanah pun banyak terbiar , tanah FELDA pun ada lagi yg tak di usahakan..ap masalahnya? Tak boelh kitia berusaha sikit supaya ktia jadi 'self sufficient'? Indonesia boleh ekspot kentang, India boleh tanam bawang, Cina dengan bawang putihnya..semua negara tersebut terdedah kepada bencana alam..banjir di Cina, bawang puith pun naik harga..
Semua nak buat projek mega dan meniaga saham. Cuab lah realistik sikit..sampai sekarang tak ada satu pasaraya besar pun milik orang melayu..Mydin?? tolong la..Giant ? Tesco? mana ada ladang ayam orang melayu? yang tukang sembelioh kat pasar basah pun mat bangla. Yang banyak nya jual kopi tongkat ali, kacip fatimah, makanan untuk kecantikan 'menegangkan sana 'menganjalkan sini'..bukalah mana-mana majalah wanita pun..semua perempuan 'di paksa' jadi muda walau pun dah usia 50 mesti nampak ummur 18..ada logik ke? undang-undang graviti, kak...tetapi semua takut kalau kendur sana sini suami lari..
kena duk pakat la pemimpin negara, kena beri keutamaan pada kepentingan rakyat..bukan dahulukan rakyat dalam menaikkan harga barang!Dan TOLONG lah..usah la cakap ' ikut harga pasaran dunia'. ' lebih murah dari negara jiran'' negara pembekal di landa bencana alam', 'rakyat tidak akan terkena kesan kenaikan harga', 'untuk mengurangkan subsidi dari di dalah gunakan'..rasa nak muntah mendengarnya!! cubalah cakap..'kami pemimpin akan kurang kan gaji 50%' atau 'kami akan pulangkan semua elaun yang kami dapat dan hidup dengan gaji kami semata-mata', 'kami tak akan pakai merc @ BMW tapi akan pakai Kancil atau proton'..sedap la sikit telinga mendengarnya..

Subscribe to:
Posts (Atom)